Sunday, October 14, 2012

Rindu Pada Hidup BerTuhan

Bismillah walhamdulillah.

Buat kesekian kalinya, hari ini akan berlalu tanpa sebarang perancangan spesifik dari saya. Buat kesekian kalinya juga, saya dapat merasakan kelainan dan terasa kemerosotan di dalam diri akibat perbezaan sikap (attitude) antara waktu kerja, waktu di rumah dan waktu yang semakin berkurang diperuntukkan untuk aktiviti berjemaah.

Kenapa berlaku begini? Saya merindukan saat saya begitu fokus kepada usaha mendekatkan diri kepada Allah. Namun iman saya terus bergelombang - pasang surutnya - yang terus tak terjangka. Saya mesti ambil tindakan segera menambahbaik sikap, perancangan dan terus fokus kepada usaha meletakkan diri kembali ke landasan Allah. Moga saya terus berbahagia hidup berTuhan.

Saturday, July 21, 2012

Pesan Tok Guru

Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim).     Sempena dengannya. marilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tubuh badan bagi menyempurnakan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik.   Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersihkan luar dan dalam. Maka sampainya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai penyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan sebagainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit ini.   Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain.   Oleh sebab itu, bulan Ramadhan ada kelebihan tertentu, antaranya dimuliakan dengan ibadat solat tarawih. Islam meletakkan solat tarawih sebagai sunat mua’akad dengan tujuan supaya manusia yakin dengan apa sahaja kelebihan yang disebut dalam Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah sebagai buku panduan “How to Use”. Ibarat kita memandu motokar, bagaimana cara pemanduan yang selamat ada disebutkan dalam buku “How to Use.” Ini bermakna, pemanduan tanpa panduan yang betul, maka berkemungkinan motokar akan rosak dan tidak selamat.   Oleh yang demikian, manusia kena faham tujuan Allah menjadikan manusia. Firman-Nya: Bermaksud, “Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah Al-Baqarah 2:29). Oleh sebab itu manusia yang ramai di dunia ini, perlu ada “How to Use” yakni sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan, jika tidak, akan porak peranda masyarakat. Firman Allah SWT: Bermaksud, “Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Surah Al-A’araf 7:203).   Bagi menjayakan perintah ini, Allah menetapkan dalam Al-Quran betapa setiap manusia akan berdepan dengan pembalasan dan pada hari pembalasan setiap manusia kena berdepan dengan Allah SWT. Firman-Nya: Maksudnya, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya” (Surah Ali-Imran 3:185).   Di akhirat kelak tidak guna lagi harta, tiada lagi benda untuk kita pujuk, bodek atau rasuah seumpama beli undi untuk masuk syurga. Harta yang kita banggakan di dunia ini sudah tidak berguna di akhirat. Hakikatnya semua manusia akan berdepan dengan suasana pembalasan. Firman Allah SWT: Bermaksud, “Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)” (Surah Al-Waaqi’ah 56:1-3).   Oleh sebab itulah, diwajibkan sebut “maaliki yaumid-din” dalam segenap kali kita solat, Atas kerananya kita diwajid baca Surah Al-Fatihah dalam solat. Ini kerana intisarinya mengandungi maksud kita mohon dan merayu kepada Allah SWT, berserta dengan kita memuji Allah SWT..   Dalam ayat “maaliki yaumid-din” itu juga disebut “ad-din” iaitu lafaz “musytarikun” iaitu hari ‘agama’ sebagai al-jazak. Sedangkan lafaz “al-jazak” adalah makna asal dalam memahaami “maaliki yaumiddin”, tetapi hikmatnya yang tinggi digunakan “ad-din” supaya diyakini ketika itu berlaku pembalasan mengikut agama. Atas asas agamalah, segala akta, dan undang-undang yang digubal di parlimen atau sebarang keputusan oleh badan tertinggi di dunia seumpama Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mana yang tidak selaras dengan ad-din akan tertolak.   Memahami waqi’ sedemikian, bulan Ramadhan ini hendaklah dilalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Ia selari dengan kelebihan beribadat sepanjang Ramadhan akan meningkatkan takwa diri kita di sisi Allah SWT. Firman-Nya: Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Surah Al-Baqarah 2:183).

Saturday, March 17, 2012

Berpagi-pagi

Bismillah walhamdulillah.

Sudah hampir 2 bulan saya tidak mengemaskini blog ini. Sibuk? Kena tanya semula diri.

Hanya orang sibuk yang boleh meluangkan masa melakukan pelbagai perkara - baik yang mendatangkan pahala dan kebaikan, mahupun yang bisa mendatangkan bala dan keburukan. Ramai yang katanya tiada masa ini bukannya apa, cuma banyak buang masa. Termasuklah saya.

Sengaja saya buat coretan sebentar di pagi Sabtu. Hari yang penuh dengan peluang, namun sering disiarkan kerana kepenatan yang terbawa-bawa. Sejak hidup berpuluh tahun ni, sekarang mula mengajak usia 3-series kata orang, saya rasa sudah begitu banyak saat yang saya tidak gunakan bagi menggandakan output masa saya yang telah Allah berikan.

Kerana sayangkan tidur pagi, kesudahannya berat bertambah sebab tak digunakan untuk pergi bersenam. Kerana sayangkan tidur pagi, anak kecil main sendirian. Kerana sayangkan tidur pagi, segar udara tak lagi dihirup. Kerana sayangkan tidur pagi, tak pergi ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Ketinggalan pula kuliah Subuh atau paling kurang pun tertinggal rancangan Tanyalah Ustaz.

Doh guane kita ni?

Nak buat macam mana, kita yang sendiri dan sentiasa pilih untuk menjadi orang yang rugi. Allah memberi hidayah dan ruang yang sama kepada semua. Daripada jutaan manusia, ramai yang telah memilih jalan syukur dengan memanfaatkan sungguh pemberian Allah itu untuk mendapatkan hasil terbaik dunia akhirat. Tapi ramai juga (termasuklah saya) yang memilih jalan kerugian kerana mensiakan-siakan fadhilat pagi hari untuk kesenangan tubuh badan yang sementara.

Persoalannya, kenapa jadi begini? Tepuk dada, tanyalah iman.

Wednesday, January 25, 2012

Memandu Impian

Bismillah walhamdulillah.

Sedar tak sedar, kita sudah bersama-sama melepasi separuh bulan Januari. Lebih tepat lagi, kita hanya ada 5 hari sahaja sebelum bulan ini berakhir.

Soalan: Sekuat mana momentum yang telah kita bina, usahakan untuk meneruskan hari-hari mendatang agar kita boleh mengakhirkan tahun ini dengan penuh kecemerlangan? Boleh mencapai sasaran yang telah ditetapkan?

Wow, malah saya perlu berfikir sebaik-baiknya untuk menjawab persoalan sendiri!

Buat masa ini, saya sedang berusaha untuk melatih diri dengan beberapa kebiasaan (habit) yang baik, penting, bersifat prinsipal dan asas - bagi memandu diri mencapai target yang telah ditetapkan. Paling penting, saya perlu membuang sikap tidak apa dan bertangguh-tangguh, secara konsisten.

Ticking my daily to-do-list is one of the most effective method so far. It is probably simple, small in scale for others, but it just works for me. I've known this technique for long, but being me, I just didn't practice this consistently. Well, now only I know that 'people who removes the mountains, starts with moving just the small stones'.

So, my advice to myself: keep it small, simple yet executable. Put focus, then steadily increase the intensity.

This has been taught by many success guru - in words and/or example. So, why not just duplicate it?

Saturday, January 14, 2012

Reaching New Level in Life

Bismillah walhamdulillah.

It is a serene and nice sunny morning. I go to Tasik Titiwangsa with my lifetime lover, just to spend the morning together.

Well, we decided to discuss further our goals. It's been a delayed project by us heee...it should have finished by last December, but it is me who keep the progress slow, even though I know it is very important to finish it as early as we could.

Last year, we did the same thing. But rather than work focusedly to execute our goals, we made them a failure. No one to be blame, but us. Especially me - as I'm the leader in my family.

So, after drafting again our goals, the most challenging part is to execute whatever plan we've set. But I think, with some experiences, and inspiration, we will move forward - with focus to ensure that we do what we've plan. To achieve what we've been dreaming for long.

Roughly, we set our goals in 3 most important areas in our life which are personal/family, career and society. The goals themselves been set based on SMART principle, as we need to drive to the right direction.

Oo, my mum has been calling for dinner. Sorry. I'll continue later.