Tuesday, January 19, 2010

Kerja Tanda Kesyukuran

BismiLlah WalhamduliLlah.

Baru-baru ini, saya menghadiri satu perbincangan bersama beberapa orang rakan. Perbincangan tersebut menyentuh mengenai halatuju kami untuk beberapa masa mendatang - sama ada meneruskan kehidupan tipikal; atau bersetuju tentang satu matlamat dan berusaha ke arahnya. AlhamduliLlah, ada konklusi yang baik.

"Kan ku cari konklusi..." bak kata Hujan.

Apa yang menariknya, semasa pembukaan ada seorang rakan menyentuh mengenai SYUKUR. Kebanyakan kita, termasuklah saya, memahami syukur atas istilahnya sahaja. Implementasi hanya ditunjukkan dengan kalimah terima kasih, AlhamduliLlah, bersujud syukur atau apa jua perkataan bila kita menerima sesuatu nikmat.

Sedang jika direnung, syukur punya makna yang luas. Syukur yang sebenar turut menuntut kita memberi, memanfaatkan segala sesuatu yang telah ALlah berikan kepada kita ke jalan kebaikan dan kebajikan. Hati yang ikhlas dan sentiasa cuba merenung nikmat dengan perspektif yang betul membolehkan kita semakin memahami hakikat kesyukuran.

Kerja bersungguh-sungguh, berkasih-sayang sesama keluarga, mengurus masa dengan maksimum - semuanya manifestasi kesyukuran. Hm, betullah pendapat tu.

Berzakat, bersedekah, berkongsi ilmu, berkongsi kejayaan - juga merupakan manifestasi kesyukuran. Hm, betul lagi.

Menetapkan matlamat, berusaha menjadi lebih kaya (tapi tak kedekut la), menuntut ilmu tanpa putus asa - pun manifestasi kesyukuran. Yup, betul-betul.

Saya mula membuka pemikiran saya pada sudut pandang yang berbeza. Mungkin dengan cara ini, sistem nilai saya berubah ke tahap yang lebih baik. Dan melatih saya supaya sentiasa memahami bahawa bersyukur ertinya memanfaat dan memberi manfaat. InsyaALlah.

Friday, January 1, 2010

1431 H, 2010 M

BismiLlah WalhamduliLlah.

What a year ahead.

1431 H came with less alert.

2010 M also just stepped in, yet I've no proper plan for the time to come.

Revision of 2009 mission:

1. Losing weight of 10 kilos (fail)
2. Saving of RM10k (fail - keep changing plan...only 10% achieved)
3. Going overseas for Holiday (Singapore for 3 hours haha! But already booked flight to Ho Chi Minh in March 2010...so, consider accomplished)
4. Ada lagi tapi sebab tak serius, so tak jumpa where I'd put my mission for 2009


So, I need to really brainstorm for 2010. Hope not to take too much time...or else I'm gonna left behind. Ya ALlah, berikanlah kepada kami peilham dan petunjuk Mu yang benar. Ameen...