Sunday, December 28, 2008

Happy Holiday

Bismillah Walhamdulillah.

Hujung minggu yang penuh dan menggembirakan buat saya. Memanglah cuti - cuti umum sempena Krismas dan Awal Muharram - tapi keluarga saya sebelah isteri datang berkunjung ke KL.

Saya sangat gembira menerima kehadiran mereka di sini. Mak yang memang sedap memasak, kakak yang friendly, Naurah yang comel, papanya yang baik hati, juga anak-anak Along yang boleh tahan nakalnya. Kami pergi ke Sunway Lagoon buat pertama kalinya. Seronok melihat saudara-mara datang dan kita boleh menggembirakan mereka.

Kakak saya, Zubaiti a.k.a Alang juga telah memulakan lembaran baru dalam kehidupan keluarganya. Mereka telah berpindah pada hari semalam Sabtu ke rumah baru di USJ Heights. Cantik rumahnya!

Saya berkesempatan ke rumahnya pada hari Jumaat malam. Saya mengimamkan solat hajat dan memanjatkan doa moga Alang, Abg Azam dan Irdina berbahagia di rumah baru. Satu hari, saya akan berkunjung lagi ke rumah you all...

Syukur untuk minggu ini. Alhamdulillah dan terima kasih atas kegembiraan yang diberikan.