Wednesday, January 14, 2009

Hidup BerTuhan

Bismillah Walhamdulillah.

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."

Pesan Tuhan melalui al-Quran, diperjelaskan maksudnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan disampaikan kepada kita melalui pelbagai medium.

Bukan untuk berceramah, tapi saya hanya ingin meluahkan perasaan. Perasaan yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan Tuhan; sama ada secara sedar lagi pula tidak sedar.

Kesibukan memenuhi tuntutan dunia selalu mengaburkan mata hati saya. Kemahuan memenuhi keperluan harian, kehendak keluarga, nafsu peribadi dan sebagainya adakala langsung membutakan jiwa. Natijahnya, hidup terus sibuk (sibuk mengeluh pun iya juga...) tanpa sedar matlamat dan azam belum ditetapkan. Belum dikukuhkan.

Sebelum tetapkan matlamat, muhasabah perlu dilakukan. Penilaian diri dalam hal-hal yang melibatkan segala faktor - personal development luar dan dalam seperti hal iman, ibadah, motivasi, prinsip; juga outside circle kehidupan saya seperti keluarga, kerjaya, jamaah dan pelbagai lagi.

Menuju ke hujung tahun 2008 dan sehingga saat ini sekalipun, saya sebenarnya masih lagi merasa kelemahan utama diri dalam soal kepedulian tentang hidup berTuhan. Sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Tetapi sekadar pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit ini, saya meletakkan diri sebagai masih tidak menghayati makna hidup berTuhan.

Tuhan saya adalah ALlah. Agama saya adalah Islam. Nabi saya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kitab saya adalah Al-Quran.

Ayat yang dilagukan. Namun, ia tidak berirama di dalam hati. Kata yang hanya menjadi lips service. Saya terus mencari makna yang luas di sebalik kata SYUKUR. Bermula dengan rasa syukurlah, seluruh kehidupan menjadi bermakna. Manifestasi kesyukuran adalah iman yang bertambah, ibadah yang semakin khusyu', akhlak yang semakin mulia.

Saya berfikiran begini kerana menginsafi akan kisah Nabi s.a.w. yang terus menambah amal sunat walaupun baginda adalah jasad dan jiwa yang dijamin keampunan oleh ALlah. Tetapi apabila ditanya kenapa, baginda menjawab dengan satu persoalan yang tinggi falsafahnya.

"Apakah salah untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Adakah saya sudah mensyukuri Tuhan saya?



Monday, January 5, 2009

Doa Buat Saudaraku

Bismillah Walhamdulillah.

Jiwa saya kian terusik dengan nasib yang menimpa saudara-saudara seIslam di Palestin. Juga menangisi takdir yang ditentukan terhadap bumi Baitul Maqdis. Apakah penghujung kisah sedih Masjidil Aqsa?

"Ya Allah Tuhan yang memiliki seluruh alam,
Yang telah memberkati bumi Baitul Maqdis,
Yang telah memuliakan kiblat pertama umat Islam.

Selamatkanlah Palestin ya Allah,
Selamatkanlah Palestin ya Allah,
Selamatkanlah Palestin ya Allah.

Kembalikanlah kemuliaan Islam dan umat Islam,
Ikatlah jiwa kami dengan aqidah yang utuh kepada Mu,
Bangkitkanlah jiwa kami yang tidur,
Hidup suburkanlah jiwa kami dengan keazaman jihad ya Allah.

Tiada sesuatu yang berlaku,
Melainkan dengan izin Mu jua wahai Tuhan kami,
Maka izinkanlah kemenangan buat kami..."

Ameen ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, January 4, 2009

Jiwa Perjuangan

Bismillah Walhamdulillah.

Jumaat lepas menjadi hari mengingati Palestin buat saya. Dan saya percaya rakyat seluruh negeri Selangor turut terusik dengan khutbah Jumaat berkenaan Palestin dan perjuangannya. Tapi buat yang tidur, nasiblah...terkena bom mortar syaitan ni memang payah. Mujur saya berjaya menangkisnya. Alhamdulillah.


Malamnya pula, saya pergi ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam mendengar pidato khas berkenaan Palestin. Dipengerusikan oleh Dr. Azhar Yaakob, pidato yang dianjurkan bersama oleh NGO Muslim iaitu Palestine Center for Excellent (PACE), MuslimCare, MAIS dan MBSA ini disampaikan oleh 2 orang tokoh. Pertamanya Prof. Madya Dr. Hanafi, Presiden PACE dan kemuncaknya oleh YB. Ir. Tuan Haji Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Dimulai dengan sedkit hiburan membina, hiburan jihad yang disampaikan oleh kumpulan Fast dan saudara Muaz, program ini memberi input yang sangat bermakna selain berjaya menyuntik jiwa perjuangan kepada audiens.

Fakta yang menyedihkan menjelang sambutan tahun baru hijrah dan juga masehi. Sehingga saat artikel ini ditulis, lebih 500 mangsa telah disahkan terkorban dalam serangan bom oleh Israel laknatullah. Mangsa terdiri daripada pelbagai kelompok; kanak-kanak sehinggalah isteri yang sedang mengandung. Hamas hanya mampu menembak mortar ke kawasan negara haram Israel tapi entah mana hala tujunya dalam kelam-kabut peperangan.

Semua orang tahu, Yahudi Zionis begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan 'hak'nya di bumi anbiya' Palestin. Tanah bersejarah, yang telah dijanjikan Allah sebagai tanah syahid sejak kewujudannya sehinggalah tibanya as-Sa'ah. Sehinggalah tiba masa pokok pun bercakap kepada para mujahidin "Hai kaum muslimin. Dibelakangku terdapat orang Yahudi." Sehinggalah diturunkan semula Nabi Isa a.s. untuk memimpin tajdid di muka bumi Allah ini. Mengembalikan kemuliaan cara hidup Islam. Mengembalikan kegemilangan pemerintahan Islam.

Entah apa yang hendak dicari oleh Yahudi Zionis di bawah kota suci Baitul Maqdis itu. Katanya terdapat rumah ibadat sejak zaman Nabi Sulaiman a.s. tertanam di bawah bangunan Masjidil Aqsa. Kerana rumah ibadat mereka itulah, mereka bersungguh-sungguh mahu menuntut kembali hak mereka di situ. Kononnya, umat Islam merampas tanah tersebut dan mendirikan pula kota suci mereka di situ.

Hakikatnya, golongan Yahudi jahanam ini hanya menduduki Baitul Maqdis selama 4 kurun - bermula dari zaman Nabi Daud a.s. hinggalah zaman Nabi Sulaiman a.s. Itupun dengan sikap degil mereka. Sedangkan bumi itu telahpun menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi dan Saiyidina Umar al-Khattab telah mewujudkan pemerintahan Islam di situ sehingga 12 kurun lamanya. Hanya terlepas kembali pada sekitar tahun 1940-an iaitu ketika kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyyah.

Ada juga pendapat yang menyatakan puak Yahudi laknatullah ini begitu beriya-iya kerana kesuburan tanah Palestin itu sendiri. Sukar untuk dipercayai kerana tanah perang ini tidak pernah pula menyemburkan minyak tatkala dibom. Wallahua'alm. Mungkin ada pihak yang sengaja menyembunyikan fakta sebenar.

Tapi apapun kisahnya, bumi Palestin wajib dipertahankan oleh umat Islam. Hidup mahupun mati, kita muslimin harus bulat yakin ia milik kita. Jika emas sejongkong pun kita sanggup bermatian mendapatkannya, inikan pula tanah berharga yang menjanjikan pahala tidak terhingga kerana mempertahankannya.

Indonesia melancarkan pendaftaran sukarelawan untuk ke Palestin. Dikhabarkan, sudah 200 lebih yang sedia menyumbangkan diri. Kita pula bagaimana?

Almarhum Syeikh Ahmad Yassin pernah berpesan, biarlah rakyat Palestin terus berjuang hingga terkorban. Saudara muslim yang lain hanya perlu mempersiapkan diri sentiasa, hingga habis seluruh keturunannya syahid maka tatkala itu sumbangkanlah jasad kita ke sana. Menyambung cita-cita mujahidin, mengejar janji Allah untuk umat Islam.

Sekarang, hulurkanlah segala kemampuan yang kita ada untuk disampaikan secara langsung ke Palestin. Hamas menjadi platform menyampaikan sumbangan kita. Baik material, makanan dan lain-lain. Doa adalah bantuan segera dan berterusan. Isu Palestin bukan hanya menunggu siri pengeboman yang baru. Tetapi isu Palestin adalah isu jihad umat Islam sehingga akhirnya.

Palestin tidak akan dibuka oleh umat Islam sehinggalah muncul gerombolan ummah yang mempunyai kualiti sebagaimana kumpulan pertama membukanya dahulu. Kumpulan Saiyidina Umar al-Khattab. Pandanglah ia sebagai peluang untuk kita berjihad, bukan hanya duduk menanti janji Tuhan.

Ayuh!