Saturday, March 17, 2012

Berpagi-pagi

Bismillah walhamdulillah.

Sudah hampir 2 bulan saya tidak mengemaskini blog ini. Sibuk? Kena tanya semula diri.

Hanya orang sibuk yang boleh meluangkan masa melakukan pelbagai perkara - baik yang mendatangkan pahala dan kebaikan, mahupun yang bisa mendatangkan bala dan keburukan. Ramai yang katanya tiada masa ini bukannya apa, cuma banyak buang masa. Termasuklah saya.

Sengaja saya buat coretan sebentar di pagi Sabtu. Hari yang penuh dengan peluang, namun sering disiarkan kerana kepenatan yang terbawa-bawa. Sejak hidup berpuluh tahun ni, sekarang mula mengajak usia 3-series kata orang, saya rasa sudah begitu banyak saat yang saya tidak gunakan bagi menggandakan output masa saya yang telah Allah berikan.

Kerana sayangkan tidur pagi, kesudahannya berat bertambah sebab tak digunakan untuk pergi bersenam. Kerana sayangkan tidur pagi, anak kecil main sendirian. Kerana sayangkan tidur pagi, segar udara tak lagi dihirup. Kerana sayangkan tidur pagi, tak pergi ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Ketinggalan pula kuliah Subuh atau paling kurang pun tertinggal rancangan Tanyalah Ustaz.

Doh guane kita ni?

Nak buat macam mana, kita yang sendiri dan sentiasa pilih untuk menjadi orang yang rugi. Allah memberi hidayah dan ruang yang sama kepada semua. Daripada jutaan manusia, ramai yang telah memilih jalan syukur dengan memanfaatkan sungguh pemberian Allah itu untuk mendapatkan hasil terbaik dunia akhirat. Tapi ramai juga (termasuklah saya) yang memilih jalan kerugian kerana mensiakan-siakan fadhilat pagi hari untuk kesenangan tubuh badan yang sementara.

Persoalannya, kenapa jadi begini? Tepuk dada, tanyalah iman.

No comments: