Bismillah walhamdulillah.
It was long after my last posting. And it has been a week since all of us celebrated the coming of new year 2012.
Nothing much to say but I'm gearing myself to be more focus in order to achieve my personal goals. What's left to me is to finalize several things with my life partner - so that the actions can cruise well towards achieving those goals .
We're both inspired by several achievements by some of our closest families and friends. We hope that, and we will make sure that we won't surrender upon our dreams. Challenges ahead us, but they're not going to fail us.
Oo Allah, we believe in You. May Your bless will always with us.
Khusyairi & Roshidah, life is just once. Orang yang bersyukur tidak akan mensia-siakan peluang kehidupan, kerana hanya ini yang ada dalam usaha memperhebat agama Allah. Insyaallah...
Saturday, January 7, 2012
Monday, December 6, 2010
Menuju Tahun Baru
BismiLlah walhamduliLlah.
"Tahun 2010 ni saya target nak turun 10kg, simpanan mesti ada RM10,000. Lagi, kena naik pangkat..."
"Kita kena usaha untuk dapat anak. Kena usaha lebih lagi tahun ni"
"Mana kita nak pergi bercuti tahun 2010 ni? Saya cita-cita nak ke Australia la...Air Asia ada buat promotion ke?"
Dan begitulah senarai keperluan dan kehendak berterusan ditulis. Kalau ditulis. Kebanyakannya difikir, disebut dan disembangkan saja. Itulah saya.
Petang ini, insyaALlah umat Islam akan bertemu pula dengan tahun baru Hijrah. 1 Muharam bertandang lagi. Memasuki pula tahun 1432H. Syukur, keberkatan dari musim haji disambung pula dengan rahmat tahun baru ini. Hari yang semua umat Islam diajar untuk memohon ampun dan taubat atas kesalahan serta dosa sebelumnya.
Kemudian, dituruti dengan niat, azam dan doa tahun baru. Memperbetul halatuju. Mempasak kesungguhan untuk melaksana perubahan. Itulah semangat hijrah yang dituntut.
Marilah kita mengambil saat yang tepat - terutama sebagai Muslim - dengan meraikan ketibaan Awal Muharam 1432H ini untuk melakukan perubahan yang positif dan bermakna dalam erti kehidupan kita sebagai hamba yang bersyukur. Hayatilah peristiwa hijrah. Hayatilah makna syukur dalam kehidupan.
Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu
wa lam tansahuu wa halimta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu
ba’da jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astagfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa
wa’attani ‘alaihis-sawaaba fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam,an tataqabbalahuu
minni wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW,
beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai
dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin.
Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa ‘alaa fadlikal-’azimi wa juudila-mu’awwali,wa hazaa ‘aamun jadidun qad aqbala nas’alukal ‘ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa ashaabihii wa sallam

Amin yaa rabbal ‘alamin
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin
Thursday, August 19, 2010
Marhaban Ya Ramadhan
BismiLlah walhamduliLlah.
Syukur ALlah panjangkan lagi umur saya dan kita semua untuk berjumpa kembali dengan Ramadhan.
Saat yang dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w. ini harus disyukuri dengan niat-niat yang ikhlas, amal-amal yang baik dan matlamat menjadi soleh.
Moga kunjungan Ramadhan kali ini menambah berkat dan cinta ALlah kepada kita semua.
Marhaban ya Ramadhan!

Thursday, March 25, 2010
Perkahwinan - Perjalanan Kehidupan
BismiLlah walhamduliLlah.
Ramai yang bujang mahu berkahwin. Malah, ramai juga yang dah berkahwin dan mahu kahwin lagi...bak kata Allahyarham P.Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang.

"Satu...banyak-banyak. Dua...sikit-sikit. Tiga...jarang-jarang. Empat...kadang-kadang".
Ha...begitulah. Memang seronok berkahwin ni. Susah kita nak jumpa orang yang tak nak berkahwin. Kalau ada pun, mungkin individu tu ada kisah tersendiri yang mungkin mempengaruhi kemampuan dia membuat keputusan.
Saya terfikir untuk berkongsi tentang perkahwinan ni bukan apa. Di pejabat, ada beberapa orang rakan yang akan melangsungkan walimah pada tahun ini. Kami gembira untuk mereka. Macam-macam pengalaman dikongsikan. Cerita orang bujang campur cerita orang dah berkeluarga. Dan tak lepas juga cerita-cerita yang tak patut huhu...
Dan hakikatnya, kebanyakan kita sekarang ini, bila bercerita bab berkahwin - asyik berbincang tentang hubungan kelamin. Seks. Malam pertama macam mana, itu ini begitu dan begini. Cuma bentuk perbincangan tu biasanya dalam suasana yang santai, suka-suka, gelak-gelak. Begitulah. Kawan-kawan pulak tu.
Cuma saya terfikir. Adakah kita sedar apa tujuan perkahwinan? Apa hikmahnya? Bagaimana perjalannya? Apa persediaan yang benar-benar diperlukan? Ternyata saya bukanlah ilmuan yang layak berbincang secara ilmiah, hanya mahu berfikir secara lebih kritikal dengan pengetahuan dan pengalaman hidup yang sedikit ini.
Suka ataupun tidak, pada pemerhatian saya, kebanyakan kita meletakkan perkahwinan sebagai satu matlamat kehidupan. Matlamat yang perlu dicapai. Namun tidak disedari, setelah tercapai matlamat itu, apa lagi yang seterusnya? Adakah hanya keseronokan bersama? Adakah setakat kebahagiaan berkeluarga? Adakah sekadar bernikah kemudian berjanji sehidup semati? Apa pula setelah mati bersama? Huhu...saya sendiri tak terfikir.
Macam kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.
Semua orang tahu, Nabi Yusuf a.s. dikurniakan ALlah wajah, penampilan dan perwatakan yang amat menarik. Kacak. Tiada orang yang tidak jatuh hati padanya. Orang di luar tengok pun rasa tertarik. Apatah lagi jika duduk sebumbung.
Begitulah perasaannya Zulaikha. Isteri kepada salah seorang pembesar negara Mesir ketika itu. Kalau kita tengok Fahrin Ahmad pun seronok, apatah lagi wajah Yusuf a.s. yang memang diiktiraf daya tarikannya itu di dalam Al-Quran. Dan kisah Zulaikha menggoda Yusuf a.s. saya kira semua orang tahu.
Kehendaknya pada ketika itu atas pertimbangan nafsu. Matlamatnya hanya untuk mendapatkan Yusuf untuk bersamanya. Tiada lain sesudah itu. Dipanggil kawan-kawan wanita sebangsawan sehingga terkerat jari pun, hanya untuk membela 'nafsu'. Bukan membetulkan iman. Sehingga dipenjarakan Yusuf a.s. untuk memulihkan keadaan.
Baik. Berbalik kepada zaman kita. Jika kebanyakan pasangan yang hendak berkahwin mahupun yang telah berkahwin mempunyai kefahaman seperti ini, maka punahlah institusi kekeluargaan yang mulia. Punahnya bukan ranap tiba-tiba tetapi umpama kayu dimakan anai-anai. Kita boleh lihat kesannya sekarang. Penceraian, buang anak, zina...masya ALlah. Fitnah dan ujian akhir zaman.
Dalam kehidupan kita yang sementara ini, matlamat akhirnya haruslah untuk bertemu ALlah di dalam syurga. Hm...nampak sungguh jauh dan ideal. Tapi begitulah ALlah menerusi Al-Quran dan tunjuk ajar Rasul-Nya mendidik kita. Perlu dihayati dan disebatikan di dalam diri kita.
Jadi, setelah jelas matlamatnya, haruslah didokong oleh perancangan yang baik. Umpama kita menjalankan perniagaan. Antara matlamatnya adalah keuntungan dan berkongsi keuntungan - dengan pemegang saham, majikan dan juga pekerja.
Katalah sasarannya RM50 juta. Maka para pengurus pun merancang strategi dan ditetapkan parameter-parameter tertentu bagi memgukur pencapaian. Ditentukan bidang-bidang keutamaan, penyusunan tugas, produk dan sebagainya. Dibuat pelan perlaksanaan dan semua orang kemudiannya bekerja bersungguh-sungguh ke arah matlamat tersebut. Satu demi satu tugas dilaksanakan. Satu demi satu kayu ukur dicapai. Setiap pencapaian dikira dan diberi imbuhan. Bercuti, naik gaji, dapat komisen dan sebagainya.
Maka perumpaan itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Matlamatnya untuk bertemu ALlah di dalam syurga. Platformnya dunia. Modalnya Al-Quran dan sunnah yang dikembangkan dalam bentuk ilmu dan kemahiran yang pelbagai. Kayu ukurnya adalah peringkat-peringkat kehidupan.
Untuk saya, perkahwinan ini adalah salah satu proses dalam perjalanan kita menuju ALlah. Bagaimana kita menjayakan perkahwinan - melalui pernikahan, seterusnya bimbingan untuk suami dan isteri, mendidik anak-anak, memimpin dan mengurus keluarga serta pelbagai lagi - adalah pelan perlaksanaan yang mungkin kemudian diukur melalui pencapaian kewangan keluarga, tahap pendidikan anak-anak dan sebagainya.
Apa pula imbuhannya? Imbuhannya selain material, yang paling penting adalah mahabbah, mawaddah wa rahmah. Itulah yang paling membahagiakan. Hadiah dari Tuhan.
Hm...dan begitulah ALlah memberikan hidayah kepada Zulaikha yang kemudiannya menikahi Yusuf a.s. Sesudah itu, matlamat kehidupannya menjadi begitu jelas. Hingga tatkala Nabi Yusuf a.s. memanggilnya untuk berehat bersama, dia berkata dengan sopan:
"Tidak lagi mahu aku habiskan dunia untuk kegembiraan nafsuku semata-mata"...
Sungguhpun di hadapannya itu adalah tetap Nabi Yusuf a.s. yang sama seperti sebelumnya...

Moga ALlah ampunkan saya, isteri dan keluarga. Ameen ya Rabbal Alameen.

Sunday, March 14, 2010
Inspirasi Perjuangan
BismiLlah walhamduliLlah.
Teringat sebuah lagu nasyid yang menjadi inspirasi kepada para pejuang Islam. Pernah saya dan rakan-rakan persembahkan semasa di universiti dahulu dalam pertandingan nasyid peringkat kolej - Malam Gema Mujahidin. Tapi, niat kami bukan untuk bertanding cuma ingin sama mempromosikan hiburan bentuk Islam.
Saya mula dengar lagu ini semasa zaman Nadamurni. Tiada suara atau video. Hanya lirik untuk penghayatan kita bersama.

Sunnah Berjuang
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid...
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi ALlah dan Rasul-Nya...
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang...tegang silih berganti
Inilah sunnah...
Orang berjuang...
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Mengerah keringat meluah tenaga...
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditanggung...
Ulang rangkap 1 - 4
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara duanya pasti terjadi
Itulah SYAHID...atau MENANG

Subscribe to:
Posts (Atom)