Monday, December 28, 2009

Kembali Ke Udara

BismiLlah walhamduliLlah,


Saya baru sahaja menggunakan Digi broadband...fan Digi hehe.

Hopefully akan lebih consistent memanfaatkan ruang internet untuk perkara-perkara yang berfaedah insyaALlah.


Sunday, May 24, 2009

New House

Bismillah WalhamduliLlah.

It's been a while...quite a long time since my last post. I'd really busy with all commitment especially my office work.

Some more, I'm no more in 'space' since moving to new house in Desa Petaling. We chose not to continue Streamyx service as new house means new rental fees. We're currently paying RM730.00 per month for the house with expected increase in utilities (2 airconds maa...). Our first month TNB's bill was RM83.00. Fuh...

Location is great actually. It is near to KL, next to Cheras with nearby options of access to PJ and Subang through NPE or Federal Highway. Although if we look at our building from outside, it is 'eyes soring'. The paint is not maintained well but the management is actually still doing their jobs in terms of monitoring safety, pool, cleaning etc. Of course only if all the residents pay their maintenance fees.

The neighbourhoods are mainly Chinese but there are quite a number of Malay and Muslims community down there. There is a big mosque named Al-Khasyi'in, and also a primary school there. Buses and taxis are around. Shop lots, restaurants (although limited for Muslim foods), car wash, laundry, sport center are all available. No big shopping complex but DVDs' can be buy easily for entertainment. It really up to date. I bought Wolverine even before it came out; and so damn clear! Huhu...

For our unit; I don't have a single pic yet to show the inside of our house. It is nice. The owners are Chinese and for me, they're really taking care of the cleanliness. When we moved in, I could see there was no single dust. And it signalled me that the owner for sure wanted me to maintain the house as they did. Wow! What a challenge.

Until now, both mine and my wife's family members had visited us. They also gave positive feedback about the house. I think if me and my wife are going to permanently work in KL, we want to buy the house. Either for us to stay or rent, yet to decide. But the rate is acceptable with profitable return expected in rental or reselling. According to our house agent, the area is considered hot.

I hope it can be materialise one day...welcome to my house (friends and family only ya...)




Saturday, February 14, 2009

Hobi Saya

Bismillah Walhamdulillah.

Ringkas untuk kali ini. Hobi saya. Macam tajuk karangan sekolah rendah kan?

Hobi saya membaca. Kalau buku yang dalam kategori 'self help and motivation'. Kalau akhbar, gabungan ilmu dan semasa macam Harakah. Kalau majalah, saya selalu beli majalah berkaitan hiasan rumah, taman dan yang banyak gambar. Kalau web dan blog, yang boleh merangka pemikiran membina - bukan hentam kromo punya. Contoh bacaan wajib saya 'Saifulislam.com'.

Banyak lagi la. Asalkan menambah pengetahuan dan maklumat. Apa juga bidang. Boleh belaka.

'Knowledge is power. But the most important thing is how you use the knowledge constructively.'

InsyaALlah...

Wednesday, January 14, 2009

Hidup BerTuhan

Bismillah Walhamdulillah.

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."

Pesan Tuhan melalui al-Quran, diperjelaskan maksudnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan disampaikan kepada kita melalui pelbagai medium.

Bukan untuk berceramah, tapi saya hanya ingin meluahkan perasaan. Perasaan yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan Tuhan; sama ada secara sedar lagi pula tidak sedar.

Kesibukan memenuhi tuntutan dunia selalu mengaburkan mata hati saya. Kemahuan memenuhi keperluan harian, kehendak keluarga, nafsu peribadi dan sebagainya adakala langsung membutakan jiwa. Natijahnya, hidup terus sibuk (sibuk mengeluh pun iya juga...) tanpa sedar matlamat dan azam belum ditetapkan. Belum dikukuhkan.

Sebelum tetapkan matlamat, muhasabah perlu dilakukan. Penilaian diri dalam hal-hal yang melibatkan segala faktor - personal development luar dan dalam seperti hal iman, ibadah, motivasi, prinsip; juga outside circle kehidupan saya seperti keluarga, kerjaya, jamaah dan pelbagai lagi.

Menuju ke hujung tahun 2008 dan sehingga saat ini sekalipun, saya sebenarnya masih lagi merasa kelemahan utama diri dalam soal kepedulian tentang hidup berTuhan. Sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Tetapi sekadar pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit ini, saya meletakkan diri sebagai masih tidak menghayati makna hidup berTuhan.

Tuhan saya adalah ALlah. Agama saya adalah Islam. Nabi saya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kitab saya adalah Al-Quran.

Ayat yang dilagukan. Namun, ia tidak berirama di dalam hati. Kata yang hanya menjadi lips service. Saya terus mencari makna yang luas di sebalik kata SYUKUR. Bermula dengan rasa syukurlah, seluruh kehidupan menjadi bermakna. Manifestasi kesyukuran adalah iman yang bertambah, ibadah yang semakin khusyu', akhlak yang semakin mulia.

Saya berfikiran begini kerana menginsafi akan kisah Nabi s.a.w. yang terus menambah amal sunat walaupun baginda adalah jasad dan jiwa yang dijamin keampunan oleh ALlah. Tetapi apabila ditanya kenapa, baginda menjawab dengan satu persoalan yang tinggi falsafahnya.

"Apakah salah untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Adakah saya sudah mensyukuri Tuhan saya?



Monday, January 5, 2009

Doa Buat Saudaraku

Bismillah Walhamdulillah.

Jiwa saya kian terusik dengan nasib yang menimpa saudara-saudara seIslam di Palestin. Juga menangisi takdir yang ditentukan terhadap bumi Baitul Maqdis. Apakah penghujung kisah sedih Masjidil Aqsa?

"Ya Allah Tuhan yang memiliki seluruh alam,
Yang telah memberkati bumi Baitul Maqdis,
Yang telah memuliakan kiblat pertama umat Islam.

Selamatkanlah Palestin ya Allah,
Selamatkanlah Palestin ya Allah,
Selamatkanlah Palestin ya Allah.

Kembalikanlah kemuliaan Islam dan umat Islam,
Ikatlah jiwa kami dengan aqidah yang utuh kepada Mu,
Bangkitkanlah jiwa kami yang tidur,
Hidup suburkanlah jiwa kami dengan keazaman jihad ya Allah.

Tiada sesuatu yang berlaku,
Melainkan dengan izin Mu jua wahai Tuhan kami,
Maka izinkanlah kemenangan buat kami..."

Ameen ya Rabbal 'Alamin.