Bismillah Walhamdulillah.
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
Pesan Tuhan melalui al-Quran, diperjelaskan maksudnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan disampaikan kepada kita melalui pelbagai medium.
Bukan untuk berceramah, tapi saya hanya ingin meluahkan perasaan. Perasaan yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan Tuhan; sama ada secara sedar lagi pula tidak sedar.
Kesibukan memenuhi tuntutan dunia selalu mengaburkan mata hati saya. Kemahuan memenuhi keperluan harian, kehendak keluarga, nafsu peribadi dan sebagainya adakala langsung membutakan jiwa. Natijahnya, hidup terus sibuk (sibuk mengeluh pun iya juga...) tanpa sedar matlamat dan azam belum ditetapkan. Belum dikukuhkan.
Sebelum tetapkan matlamat, muhasabah perlu dilakukan. Penilaian diri dalam hal-hal yang melibatkan segala faktor - personal development luar dan dalam seperti hal iman, ibadah, motivasi, prinsip; juga outside circle kehidupan saya seperti keluarga, kerjaya, jamaah dan pelbagai lagi.
Menuju ke hujung tahun 2008 dan sehingga saat ini sekalipun, saya sebenarnya masih lagi merasa kelemahan utama diri dalam soal kepedulian tentang hidup berTuhan. Sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Tetapi sekadar pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit ini, saya meletakkan diri sebagai masih tidak menghayati makna hidup berTuhan.
Tuhan saya adalah ALlah. Agama saya adalah Islam. Nabi saya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kitab saya adalah Al-Quran.
Ayat yang dilagukan. Namun, ia tidak berirama di dalam hati. Kata yang hanya menjadi lips service. Saya terus mencari makna yang luas di sebalik kata SYUKUR. Bermula dengan rasa syukurlah, seluruh kehidupan menjadi bermakna. Manifestasi kesyukuran adalah iman yang bertambah, ibadah yang semakin khusyu', akhlak yang semakin mulia.
Saya berfikiran begini kerana menginsafi akan kisah Nabi s.a.w. yang terus menambah amal sunat walaupun baginda adalah jasad dan jiwa yang dijamin keampunan oleh ALlah. Tetapi apabila ditanya kenapa, baginda menjawab dengan satu persoalan yang tinggi falsafahnya.
"Apakah salah untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?"
Adakah saya sudah mensyukuri Tuhan saya?

No comments:
Post a Comment